Jgn patah semangat dan kene teruskan usaha..biar sikit susu yang diperah, biar stok tak semeriah, janji cukup untuk anak dan anak sihat dengan susu ibu.. itu yang aku tanamkan dalam hati. Setiap hari bila tgk hasil perahan, aku pujuk hati supaya sabar dan tetap bersyukur. Semalam masuk minggu ketiga aku keje setelah 3 bulan cuti bersalin. Alhamdulillah, dah Nampak peningkatan hasil perahan untuk sesi tengah hari..gembiranya hati ni….semalam sesi tgh dapat 5oz, hari ni pun sikit je lg nak capai 5oz..seronok sgt..mudah2an cukup la untuk anak aku sampai die umur 2 tahun..
Aku ade buat jadual hasil perahan setiap hari untuk hari bekerja sahaja. Hari cuti tak leh ikut jadual coz Aryan suke ngempeng..dan time nak perah wat stok pun tak leh nak dijangke..jadi aku just rekodkan hasil perahan di waktu keje je..memang ade turun naik nye.. tp yang aku perasan, klu perut lapar, susu pun kurang. So pepagi dah kene isi perut dulu..
Menu awal pagi : air milo + oat
Menu tgh : Nasi / mee
Menu mlm : Nasi / mee
Dan yang pastinyer kene minum air suam/air masak bebanyak..
Special thanks to Nurul, Ainon dan kak Sue kerana banyak memberi semangat dan menjadi inspirasi aku untuk teruskan penyusuan….
1 comment:
thnks nurul..sy pun doakan nurul dpt teruskan penyusuan utk alisha selagi termampu...
Post a Comment