Friday, April 15, 2011

sUaRA hAti


’ ku mencintaimu, lebih dari apa pun. Meski pun tiada 1 orang pun yang tahu’ hp aku menyanyi-nyanyi..

”assalamualaikum, syg, abg dah bertolak ni..dah kt pintu belakang UiTM”  mmm...wah, air mate dah bergenang...tp control coz kat opis... dalam hati aku berdoa agar my cayang selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan kami..moga semuanya berjalan lancar..

Wahai masa, cepatlah dikau berlalu agar sang ahad dapat segera muncul tiba. Tak sanggup rasanya berjauhan dgn my cayang terlalu lama.. ikutkan hati, memang tak kasi g, tp mengenangkan itu adalah sebahagian dari tanggungjawab dier, aku terpaksa merelakan..

Wahai sang hati, bersabar lah ye..

Suara dengarkanlah aku, apa khabarnya pujaan hatiku...

Tuesday, April 12, 2011

seDetiK lEbih ~ by aNuaR zaiN

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

sedetik lebih ~~ anuar zain


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sy sangat suke lagu ini.. khas untuk my lovely hubby...
luv u muaahhhhhh....

Thursday, April 7, 2011

caTatan diaRiKu~~~seJak kEbeLakangAn iNi

mmm...  semenjak 2 menjak ni aku tersgtlah letih dan tention.. terlalu banyak perkara yang terjadi dan yg perlu aku lalui.. semuanya perlu diselesaikan dgn segera.. rase nk pi bercuti jek..

perkara yg paling dekat adalah nak pindah rumah. penatnye.. kan best klu aku hanya perlu bawa diri je ke rumah baru dan tak perlu pk kan barang2.. bulan 6 plak aku dah nak bersalin. bulan 6 jugak en hubby kene pi BTN (persediaan sebelum ke luar negara). dan en hubby kene settlekan sume hal nak sambung blaja ni sebelum bln 9. itu sume yg besar2 dan yg nampak di mata.. yg tak nampak ni, (setiap hujung minggu en hubby kene ke sana ke mari menguruskan pelbagai perkara) memang betul2 menuntut kesabaran.. itu lum kire function mlm2 yg en hubby kene hadiri.. tinggallah aku ngn amsyar berdua di rumah. kadang2 je kami ikut en hubby, tgk keadaan, tempat dan masa..

amsyar time 5 bln.. tgh pilik nak oder air apa....


en hubby plak semakin busy busy dan busy..aku cuba faham keadaan die. die kene selesaikan banyak perkara sebelum die sambung belaja..semua kene settle dalam tahun ni jugak.. aku tahu die juga tertekan. paling kesian bila tgk amsyar..die tak faham apa2 lagi..yg die tahu main main dan main.. sebab tu sedaya upaya kami cuba luangkan masa untuk bermain bersama die...


amsyar setahun ngn daddy..suke main air..


nak tak nak, aku kene berkorban dan bersabar ngn apa yg berlaku sekarang ni. aku pasti ini semua untuk kebaikan keluarga kami pada masa akan datang.. tak kan kita nak berada di takuk lama je kan?? mesti lah kita nak kan perubahan dalam diri, keluarga dan kehidupan kita.. dan untuk capai semua tuh, aku perlu pertaruhkan pengorbanan dan kesabaran..

Friday, April 1, 2011

aRwah diN beraMboi di Riuh Pagi Era dalam KenaNgan

Dah lama rasanya aku dan en hubby tak gelak2 sakan dalam kereta time on the way ke opis. Pagi tadi kami gelak kembali sbb dgrkan ulangan drama sebabak & sawan cara pak nil dan arwah din beramboi kat riuh pagi era... sedar tak sedar dan setahun pemergian arwah din beramboi..

sekarang ni riuh pagi era ade pak nil, ray dan haniff. Bukan mereka ni tak kelakar, tp kurang sikit la lawak nya..selalu nye kami sengeh je klu dgr lawak mereka.


ni lah mereka ber3

Menyingkap kenangan setahun yang lalu, bila dpt tahu yg arwah din beramboi sakit je, pagi kami dah x ceria. Bila tahu arwah dah meninggal, kami pun turut terasa dan cam ilang arah. Rase sedih dan macam tak percaya je...siap tukar ke siaran radio lain..(selalu pun memang cam tuh. Klu pak nil dan arwah cuti, yang gnti plak DJ lain, kami akan tukar ke siaran lain). Begitu kuat nya pengaruh mereka dalam menceriakan pagi kami.. kadang-kadang tu senyuman dek kerana lawak mereka ni sampai terbawa2 dalam opis… tapi semua tu hanya tinggal kenangan..

Dan dalam tak diam juga, 2 april ni genaplah 4 tahun pemergian arwah abg aku. Sama-sama lah kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah abg aku dan juga arwah din beramboi. Moga roh mereka di tempatkan bersama-sama orang yang beriman..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...